Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia
sangat rajin beribadat. Suatu hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat
kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan
suaminya sakit kuat dan dalam naza sakaratul maut. Apabila berita ini
sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah menyuruh Bilal r.a, Ali r.a,
Salamam r.a dan Ammar r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah. Apabila
mereka sampai ke rumah Alqomah, mereka terus mendapatkan Alqomah sambil
membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah
tidak dapat menyebutnya.
Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka
mereka menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang keadaan
Alqomah. Apabila Bilal sampai dirumah Rasulullah, maka bilal
menceritakan segala hal yang berlaku kepada Alqomah. Lalu Rasulullah
bertanya kepada Bilal; “Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?”
jawab Bilal r.a, ” Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih
hidup dan sangat tua usianya”. Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada
Bilal; “Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan
kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau
dia tidak dapat berjalan katakan aku akan kerumahnya”.
Maka apabila Bilal sampai kerumah ibu Alqomah, lalu ia berkata seperti
yang Rasulullah kata kepadanya, maka berkata ibu Alqomah; ” Aku lebih
patut pergi berjumpa Rasulullah”. Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat
dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah. Maka bertanya Nabi s.a.w.
kepada ibu Alqomah; “Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang
Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku”. Berkata
Nabi lagi; “Bagaimana keadaan Alqomah?”, jawab ibunya; “Ia sangat rajin
beribadat, ia sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah
sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya”. Bertanya
Rasulullah; “Bagaimana hubungan kamu dengan dia?”, jawab ibunya; ” Aku
murka kepadanya”, lalu Rasulullah bertanya; “Mengapa”, jawab ibunya;
“Kerana ia patut mengutamakan aku dari isterinya, dan menurut kata-kata
isterinya sehingga ia menentangku”.
Maka berkata Rasulullah; “Murka kamu itulah yang telah mengunci
lidahnya dari mengucap La iilaa ha illallah”, kemudian Nabi s.a.w
menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Alqomah. Apabila ibu
Alqomah mendengar perintah Rasulullah lalu ia bertanya; “Wahai
Rasulullah, kamu hendak membakar putera ku didepan mataku?, bagaimana
hatiku dapat menerimanya”. Kemudian berkata Nabi s.a.w; “Wahai ibu
Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu
Allah mengampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya”,
demi Allah yang jiwaku ditangannya, tidak akan guna sembahyangnya,
sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya”. Maka berkata ibu Alqomah
sambil mengangkat kedua tangannya; “Ya Rasulullah, aku persaksikan
kepada Allah dilangit dan kau Ya Rasulullah dan mereka-mereka yang hadir
disini bahawa aku redha pada anakku Alqomah”.
Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil
berkata; “Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat
mengucapkan La iilaa ha illallah atau tidak”. Berkata Rasulullah lagi
kepada Bilal ; “Aku khuatir kalau kalau ibu Alqomah mengucapkan itu
semata-mata kerana pada aku dan bukan dari hatinya”. Maka apabila Bilal
sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; “La
iilaa ha illallah”. Lalu Bilal masuk sambil berkata; “Wahai semua orang
yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah
menghalang Alqomah dari dapat mengucapkan kalimah La iila ha illallah,
kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat”.
Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik saja dia mengucap.
Maka Rasulullah s.a.w pun sampai di rumah Alqomah sambil berkata;
“Segeralah mandi dan kafankan”, lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w.
dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat
kubur; “Hai sahabat Muhajirin dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan
isterinya daripada ibunya maka ia adalah orang yang dilaknat oleh Allah
s.w.t, dan tidak diterimanya daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.
sumber : http://eidariesky.wordpress.com/2010/06/25/derita-sakaratul-maut-kerana-mengutamakan-isteri-lebih-dari-ibunya/
Kisah Alqomah
Written By ALMANAR on Monday, 23 December 2013 | 08:45
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.





